Cerita Sonic The Hedgehog 2020

Sonic The Hedgehog ialah seekor makhluk asing yang berwarna biru dan boleh lari dengan kelajuan bunyi. Dia bertinggal di sebuah pulau dengan penjaga sahnya Longclaw, seekor burung hantu wanita.

Masa mereka cuba melarikan diri dari satu platun askar memanah dari sebuah kerajaan yang ganas, Longclaw telah menggunakan sebuah "Ring" untuk menghantar Sonic kepada Bumi dengan satu beg yang berisi dengan Ring dan juga satu peta dunia di dalamnya.

"Ring" ini berbentuk seperti satu cincin berwarna kuning emas yang boleh menjadi besar dan berfungsi sebagai sebuah "pintu" untuk ke sesuatu tempat yang jauh, seperti daripada dunia asal Sonic kepada Planet Bumi.

Selepas terpisah dari Longclaw dan bertinggal sendirian di kawasan Green Hills, Montana, Amerika Syarikat melebihi 10 tahun, Sonic berkawan dengan seorang polis bernama Tom Wachowski dengan isterinya Maddie Wachowski seorang doktor haiwan.

Ketika Pemerintah Amerika Syarikat mendapat tahu kewujudan Sonic, pemerintah ini mengarahkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat dengan kontraktor pertahanannya Doktor Ivo Robotnik untuk menangkap makhluk asing ini.

Sonic dengan bantuan dari kawan barunya, telah berjaya mengalahkan mereka semua dan menghantar Robotnik kepada sebuah dunia yang dipernuh dengan cendawan gergasi melalui sebuah Ring, dan selepas 87 hari di situ, Robotnik ingin menangkap Sonic untuk tujuan sendiri.

Di Bumi, Permeritah Amerika Syarikat ingin "padamkan" semua salah lakunya dalam hal tersebut, sama dengan kewujudan seorang doktor bernama Ivo Robotnik selepas permeritah ini menyita semua harta kepunyaan Robotnik.

Kemudian, seekor rubah merah yang boleh terbang dengan dua ekornya telah datang dari sebuah dunia yang lain ke Bumi melalui sebuah Ring untuk mencarikan "dia".

Rujukan

WikiPedia: Sonic The Hedgehog 2020 https://www.amazon.com/gp/aw/d/B083XVF8PQ https://www.cinemablend.com/news/2485139/sonic-the... https://kotaku.com/sonic-the-hedgehog-movie-design... https://www.screendaily.com/reviews/sonic-the-hedg... https://www.the-numbers.com/movie/Sonic-The-Hedgeh... https://twitter.com/SonicMovie https://www.twitter.com/fowltown/status/1124056098... https://www.youtube.com/watch?v=5y0kHwr3JJ4 https://www.youtube.com/watch?v=YJdN4oaQKw88 https://www.youtube.com/watch?v=iK_YiHhB1Dg